Terokai solusi pewarisan harta Islam yang patuh syariah, praktikal dan menyeluruh untuk keluarga anda
Setiap keluarga Islam mampu membuat perancangan pewarisan yang jelas dan tenang.
Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar pewarisan harta Islam bertauliah
Solusi disediakan menerusi sesi khidmat rundingan secara praktikal, berstruktur dan relevan dengan keperluan pelanggan, oleh perunding pewarisan harta Islam bertauliah dan berpengalaman.
Bagaimana sesi konsultasi dijalankan?
Ramai keluarga hanya mula bertanya tentang pewarisan selepas berlaku kematian;
ketika emosi, konflik dan kekeliruan sudah pun bermula.
Perancangan awal memberi ruang untuk keputusan dibuat dengan tenang, jelas dan patuh syariah.
Fahami situasi sebenar
Analisis ringkas latar belakang keluarga, aset dan objektif perancangan anda.
Kenal pasti risiko & isu berpotensi
Kenal pasti di antara 14 golongan berisiko yang perlu membuat perancangan.
Cadangkan solusi patuh syariah
Perancangan harta disesuaikan dengan keperluan sebenar pelanggan.
Jelas sebelum bertindak
Anda faham implikasi, pilihan dan langkah seterusnya, tanpa paksaan
Imej yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan tidak semestinya merujuk kepada individu sebenar, bagi melindungi privasi pelanggan.
Harta Terurus, Waris Terpelihara.
Perancangan pewarisan harta ditawarkan secara tepat, holistik dan patuh syariah. Pendekatan berfokus pelanggan serta sistem FAST memastikan setiap solusi disesuaikan mengikut keperluan dan situasi pelanggan.
Jangan tunggu, mulakan sesi konsultasi anda hari ini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sedikit pengenalan tentang diri saya.
Saya Fazli Mazlan. Saya merupakan Dai'e Profesional Mawarith, pakar perunding pewarisan harta Islam, bersama Agensi Pewarisan Harta Nombor 1; Kausar Wealth Management; di bawah syarikat amanah patuh syariah Wasiyyah Shoppe Berhad.
Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kewangan & 7 tahun dalam industri pewarisan harta Islam, saya berdedikasi untuk membantu komuniti merancang harta dan menguruskan pusaka secara patuh syarak dan syariah.
Kami membantu pemilik harta merealisasikan hasrat agihan harta kepada orang dikasihi apabila mereka meninggal dunia melalui kaedah pewarisan yang mematuhi hukum syarak dan proses perundangan. Sekaligus, memberikan ketenangan jiwa kepada pemilik dan waris melalui proses yang pantas dan penjimatan kos secara menyeluruh.
Selain itu, saya juga aktif berkongsi ilmu pewarisan di media sosial untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan masyarakat. Jemput ikuti saya di media sosial untuk belajar tentang ilmu pewarisan harta Islam
Rancang Kerana Sayang, Fazli Mazlan.




