“Arwah Dah Tiada…Tapi Masalah Baru Baru Bermula.”
Ramai keluarga Muslim berpecah bila ada cabaran pusaka, sebab harta yang ditinggalkan dibiarkan tanpa perancangan.
Pewarisan harta Islam bukanlah isu yang berkait dengan golongan berada sahaja, namun ia adalah isu setiap suami, isteri dan ibu bapa.
Setiap orang Islam perlu tahu ilmu tentang pengurusan pusaka dan perancangan harta kerana masalah ini mungkin akan berlaku pada keluarga anda!
Malangnya, Inilah Realiti Yang Berlaku Setiap Hari.
Masalah pusaka ada pada semua lapisan masyarakat. Jika motosikal kapcai pun boleh dijadikan perbalahan sesama ahli keluarga, apatah lagi rumah mahupun hartanah yang nilainya meningkat saban tahun. Bukan nilai harta yang memecahbelahkan keluarga, tapi ketiadaan perancangan harta semasa pemilik harta masih hidup.
Kerana Isu Pusaka Bukan Hanya Tentang Isu Harta Semata!
Bila kita menyebut tentang harta pusaka, ia jarang bermula dengan angka kerana ianya melibatkan emosi.
Setiap emosi terbentuk daripada persepsi otak terhadap peristiwa yang dialami.
Persepsi ini pula dipengaruhi oleh pengalaman dalaman dan luaran, iaitu keluarga, kenangan, trauma, dan harapan.
Apabila persepsi waris tidak selari dengan realiti, disinilah pusaka yang sepatutnya menjadi penyambung kasih, bertukar menjadi puaka.
Tanpa perancangan harta yang jelas, pelbagai isu boleh muncul sebaik sahaja pemilik harta meninggal dunia.
Hakikatnya, mengurus harta adalah soal mengurus emosi dan jangkaan para waris. Kerana harta adalah amanah yang akan menentukan sama ada waris hidup dalam ketenangan atau berpanjangan dalam pertikaian.
Ramai yang salah faham dan menyerahkan semuanya pada sistem Faraid.
Hakikatnya, faraid bukanlah isunya. Islam telah menetapkan sistem yang adil, lengkap dan menyeluruh. Dan masalah bukan pada hukum tetapi pada persediaan manusia itu sendiri. Yang sering menjadi punca masalah ialah:
- Harta tidak ditentukan dan distrukturkan lebih awal
- Waris tidak faham hak serta tanggungjawab masing-masing
- Dokumen penting tidak lengkap atau tidak dikemas kini
- Tiada perancangan semasa pemilik harta masih hidup
- Emosi mengatasi ilmu dan fakta
- Komunikasi keluarga tidak jelas sejak awal
- Tiada pihak amanah untuk mengurus dan menyelaras
Akibatnya, proses yang sepatutnya adil dan teratur bertukar menjadi konflik berpanjangan, hubungan retak, dan harta tergantung bertahun-tahun.
Bila Pewarisan Tak Dirancang, Ini Harga Yang Keluarga Bayar
Jom kita fikirkan sejenak...
Perancangan bukan persediaan untuk mati. Ianya untuk melindungi kebajikan diri sendiri, ahli keluarga yang ditinggalkan dan ekonomi Islam.
Ramai orang menangguhkan perancangan pewarisan kerana merasakan ia terlalu awal dan takut dianggap “mengundang kematian”.
Hakikatnya, ianya adalah tanggungjawab semasa hidup.
Tanggungjawab pemilik harta untuk memastikan pasangan tidak terkapai-kapai mencari jawapan selepas pemergian kita, anak-anak tidak membesar dalam konflik harta yang tidak mereka fahami, waris tidak dipaksa membuat keputusan besar ketika emosi masih belum stabil, dan harta yang ditinggalkan tidak menjadi punca perbalahan, tetapi menjadi sumber kebaikan.
Lebih awal perancangan dibuat, lebih jelas hala tuju harta dan lebih tenang kehidupan keluarga yang ditinggalkan.
Perancangan pewarisan harta Islam memberi ruang untuk kita menentukan apa yang boleh ditentukan semasa hidup, mengurangkan risiko pertikaian selepas kematian, dan menyempurnakan amanah dengan cara yang patuh syariah.
Pilihlah perancangan harta yang sesuai untuk keperluan waris anda. Tindakan anda hari ini dapat mengelakkan perebutan harta di kemudian hari.
Ketahui bagaimana pewarisan harta Islam boleh dirancang dengan betul dengan pendekatan yang jelas, berperingkat dan sesuai dengan situasi keluarga anda.

















